10 pemain Penyu benam Lang Merah - Utusan Malaysia

10 pemain Penyu benam Lang Merah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 8 Ogos – Kedah gagal memanfaatkan kelebihan beraksi menentang 10 pemain lawan, selain sokongan ribuan penyokong sendiri apabila tumpas 0-2 kepada Terengganu FC (TFC) dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, hari ini.

Biarpun juara Piala FA itu dilihat memiliki kelebihan selepas penjaga gol lawan, Muhamad Ilham Amirullah Razali dibuang padang pada minit ke-45 kerana mengasari Farhan Roslan, namun Terengganu sebaliknya menghukum Lang Merah.

Bersambung babak kedua perlawanan, penyerang import TFC, Tchetche Hermann Brice mengejutkan penyokong tuan rumah apabila menanduk masuk bola hasil sepakan percuma kapten pasukan, Lee Andrew Tuck pada minit ke-66.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika perlawanan berbaki lima minit, Tchetche sekali lagi menghukum kealpaan pertahanan Kedah apabila mudah melambung masuk bola ke gawang tuan rumah pada minit ke-85.

Jaringan itu nyata memadam semangat pemain Lang Merah di hadapan 9,386 penonton untuk mengikat kedudukan apabila gagal menembusi kubu pertahanan TFC dan ketangkasan penjaga gol gantian, Wan Muhammad Azraei Wan Teh.

Kedudukan 2-0 kekal sehingga wisel penamat dengan Lang Merah kini jatuh ke tangga kedua Kumpulan A di belakang TFC yang mengutip enam mata selepas dua perlawanan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×