Gempa bumi di Taiwan: Seorang warga emas terbunuh - Utusan Malaysia

Gempa bumi di Taiwan: Seorang warga emas terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI 8 Ogos – Seorang warga emas terbunuh selepas gempa bumi berkekuatan 5.9 magnitud menggegarkan timur laut Taiwan hari ini.

Menurut pihak berkuasa, kejadian gempa itu juga menyebabkan bekalan elektrik terputus sementara yang telah menjejaskan lebih 10,000 rumah.

Agensi Kebakaran Kebangsaan Taiwan berkata, wanita berusia 60 tahun maut selepas ditimpa sebuah almari kabinet ketika kejadian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 1999, Taiwan merekodkan gegaran paling dahsyat apabila gempa bumi berkekuatan 7.6 magnitud, membunuh kira-kira 2,400 orang. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×