Pemain No. 1 dunia tumbang mengejut - Utusan Malaysia

Pemain No. 1 dunia tumbang mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL 7 Ogos – Pemin No. 1 wanita dunia, Ashleigh Barty tersingkir di pusingan kedua Terbuka Toronto selepas tewas mengejut di tangan pemain ranking ke-29 dunia dari Amerika Syarikat (AS), Sofia Kenin.

Biar pun mendapat bye pada pusingan pertama, pemain Australia yang juga juara Terbuka Perancis 2019 itu beraksi seperti hilang punca ketika tumpas 7-6, 3-6, 4-6 kepada lawannya yang baharu berusia 20 tahun.

Set pertama lagi sudah memberi tanda-tanda awal akan kekalahan Barty apabila dia ketinggalan pada satu ketika apabila servisnya dirampas tetapi kemudiannya bangkit untuk menang menerusi tie-break.

Memuatkan artikel berkaitan…

Barty cuba melakukan kebangkitan sama sekali lagi di set kedua tetapi lawannya kali ini lebih bersedia untuk menyekatnya termasuk di set penentuan sekaligus mengulangi kegagalannya ketika tersingkir di pusingan keempat Wimbledon bulan lalu.

“Memang tiada nasib hari ini. Satu ketika saya ketinggalan tetapi saya gagal mengawal keadaan yang kebiasaannya bukan sesuatu yang luar biasa atau sukar untuk saya mengatasinya,” kata Barty selepas perlawanan.

Kekalahan itu meletakkan ranking Barty kini dalam bahaya dan hanya menunggu masa status No. 1 itu dirampas pemain seperti Naomi Osaka dan Karolina Pliskova yang terus mengintai peluang.

Osaka dan Pliskova turut beraksi di sini. Osaka perlu muncul juara manakala Pliskova hanya perlu layak ke separuh akhir untuk menjadi pemain No. 1 dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×