ADUN isytihar harta: Relevan untuk dilaksanakan - Utusan Malaysia

ADUN isytihar harta: Relevan untuk dilaksanakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mahu mewajibkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengisytiharkan harta masing-masing dilihat satu langkah baik dan relevan untuk dilaksanakan.

Pengerusi Yayasan Keperihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak berkata, perkara itu merupakan usaha pencegahan yang lebih berkesan berbanding tindakan penguatkuasaan yang dibuat ketika ini.

Menurutnya, langkah tersebut sebenarnya perlu dilaksanakan dan bukan hanya tamat diperingkat cadangan sahaja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya secara peribadi pun mengalu-alukan dan menyambut baik cadangan tersebut kerana perkara ini sesuatu yang baik dan releven malah, usaha ini perlu dibuat sejak dahulu lagi.

“Ini kerana, cadangan tersebut merupakan langkah pencegahan yang dilihat paling terbaik bagi memastikan isu rasuah dapat dibendung pada peringkat awal,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah SPRM, Latheefa Koya berhubung cadangannya untuk mewajibkan semua ADUN mengisytiharkan harta masing-masing kerana negeri-negeri berisiko menjadi lubuk rasuah.

Sementara itu, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pengisytiharan itu mesti dilakukan secara telus, terbuka dan didedahkan kepada umum.

“Sudah tiba masanya untuk semua ADUN melakukan perkara ini selaras dengan usaha mengurangkan kadar rasuah dan langkah ini perlu dibuat secara terbuka bukan sahaja untuk simpanan SPRM sahaja.

“Selain itu, pengisytiharan ini juga perlu dilaksanakan secara berkala sekurang-kurangnya setahun sekali bagi mengemaskini status harta semua ADUN,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×