20 maut kemalangan misteri Kaherah - Utusan Malaysia

20 maut kemalangan misteri Kaherah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH 5 Ogos – Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh manakala 47 lagi cedera dalam letupan di luar Institut Kanser Nasional Mesir (NCI) di sini, semalam.

DW melaporkan, Kementerian Kesihatan Mesir yang mengesahkan kejadian itu hari ini berkata, insiden berpunca daripada kemalangan melibatkan sebuah kereta yang dipandu melawan arus sebelum bertembung dengan tiga kereta yang lain.

Insiden dekat selatan daerah al-Manyal mengakibatkan letupan besar mendorong kepada kebakaran kenderaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam perkembangan berkaitan, pihak Universiti Kaherah menolak dakwaan berlaku letupan di dalam perkara ngan NCI.

Sebanyak 78 orang pesakit NCI telah dipindahkan ke hospital lain bagi meneruskan ra­watan.

Pendakwa raya Mesir mengarahkan satu siasatan diadakan bagi menentukan punca nahas.

Jurucakap kementerian kesihatan, Khaled Megahed berkata, sebanyak empat mangsa yang maut gagal dikenalpasti.

“Sebanyak empat mangsa dalam keadaan kritikal selepas mengalami lecur teruk pada badan mereka,” katanya. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×