Penganjuran kejohanan antarabangsa sasaran KLHA - Utusan Malaysia

Penganjuran kejohanan antarabangsa sasaran KLHA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA) kini memasang impian lebih tinggi apabila merancang menganjurkan kejohanan antarabangsa antara bandar dalam masa sama bakal membentuk pasukan terbaik bagi penyertaan Liga Hoki Malaysia (MHL) pada tahun depan.

Seandainya misi berkenaan berjaya dilaksanakan maka KLHA akan menjadi ahli gabungan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pertama mampu menganjurkan kejohanan peringkat antarabangsa.

Presiden KLHA, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata, ketika ini dua impian tersebut sudah pun berjalan diperingkat awal terutama selepas sebulan kempimpinan baharu mengambil alih badan induk sukan hoki Kuala Lumpur itu.

“Esok saya akan ke Melbourne untuk bertemu kelab hoki di sana bagi membincangkan tentang kejohanan antarabangsa antara bandar.

“Buat masa ini perancangan awal adalah untuk melibatkan pasukan di Melbourne serta dari Korea Selatan tambahan pula negara-negara ini mempunyai beberapa pasukan hebat di beberapa bandar negara berkenaan.

“Dalam masa sama juga saya ingin membincangkan berhubung pembangunan yang boleh dibuat melibatkan pemain KLHA dan hoki Australia.

“Jika ada persatuan hoki lain di negara ini yang ingin turut serta kami amat alu-alukan namun keutamaan pastinya diberikan kepada pemain-pemain KLHA,” katanya sewaktu majlis rumah terbuka KLHA di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Megat D Shahriman turut memaklumkan sudah ada perbincangan untuk KLHA menghantar pasukan menyertai MHL musim depan bagi mempromosikan nama hoki Kuala Lumpur dengan lebih baik.

“Ya saya tahu MHL adalah kejohanan yang berprestij di peringkat tempatan dan kerana itu kami ingin mengantar pasukan KLHA sendiri menyertainya.

“Apa yang saya fikirkan ketika ini mungkin akan ada campuran pemain tempatan dan luar negara agar dapat membentu pasukan hebat.

“Perkembangannya nanti akan dimaklumkan kepada semua nanti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×