Bernal juara termuda Tour de France - Utusan Malaysia

Bernal juara termuda Tour de France

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Egan Bernal menjadi pelumba termuda dalam sejarah 110 tahun menjuarai Tour de France selepas Caleb Ewan berbuat demikian di Paris.

Pendahulu perlumbaan itu tidak berdepan cabaran di peringkat akhir sekali gus membolehkan Bernal yang berusia 22 tahun menjadi pelumba Colombia pertama menjadi juara perlumbaan itu.

Dia melepasi garisan penamat bersama rakan sepasukan Ineos yang juga juara tahun lalu, Geraint Thomas yang berada di kedudukan kedua dalam perlumbaan kali ini.

“Menamatkan saingan di kedudukan kedua di belakang rakan sepasukan, tidak mengapa.

“Dua tahun lalun saya patah tulang selangka ketika menyaksikan Chris Froome menjadi juara, waktu itu saya berharap dapat berlumba dan yakin akan berada di kedudukan kedua tetapi semuanya sudah berubah.

“Egan adalah masa hadapan dan ketika saya berusia 45 tahun dan sudah menjadi gemuk dan duduk di dalam pub menyaksikan dia menjuarai Tour de France buat kali ke-10, saya boleh kata saya sudah beritahu segalanya kepada dia,” kata Thomas.

Thomas berkongsi kedudukan pendahulu bersama Bernal dalam perlumbaan tiga minggu itu tetapi persediaannya terganggu apabila terlibat dalam kemalangan semasa Tour de Suisse, Jun lalu.

Thomas lebih banyak mendahului Bernal dalam perlumbaan itu tetapi rakan sepasukannya lebih cemerlang dalam minggu terakhir semasa di Alps dan meraih kejuaraan dengan kelebihan seminit 11 saat manakala Steven Kruijswijk ketinggalan 20 saat di tempat ketiga.

“Terima kasih semua rakan sepasukan dan G (Geraint Thomas) kerana memberikan saya peluang. Ketika ini saya adalah manusia paling gembira di dunia. Saya juara Tour de France dan saya macam tidak percaya,” kata Bernal.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×