Malaysia perlu rebut peluang yang ditawarkan Turki dalam industri penerbangan - Utusan Malaysia

Malaysia perlu rebut peluang yang ditawarkan Turki dalam industri penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL 27 Julai – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Malaysia menghargai kesediaan Turki untuk menawarkan peluang pemindahan teknologi terutama dalam bidang industri aero angkasa dan pertahanan.

Perdana Menteri menegaskan peluang seperti itu perlu direbut oleh Malaysia memandangkan Turki telah mencapai kejayaan yang luar biasa dalam bidang “aerospace industries”, dalam jangka masa yang pendek dan ia sesuatu yang sangat luar biasa.

“Semasa saya di sini, mereka telah menunjukkan kebolehan mereka dalam teknologi seperti pesawat, helikopter dan UAV (kenderaan aerial tanpa pemandu).

Memuatkan artikel berkaitan…

“20 tahun lalu, waktu saya datang ke sini (Turki), mereka hanya boleh assemble (memasang) pesawat F16.

“Sekarang mereka boleh mereka bentuk, dan menguji produk mereka sendiri. Helikopter mereka nampak begitu canggih. Dalam jangka masa pendek mereka telah berjaya menguasai teknologi canggih,” katanya kepada wartawan Malaysia di akhir lawatan rasmi beliau ke Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di sini Sabtu.

Dr Mahathir tiba di Ankara, ibu negara Turki, pada Rabu untuk memulakan lawatan empat hari dan berada di sini sejak Jumaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini