SONGKHLA 27 Julai – Seramai 24 etnik Rohingya yang dipercayai cuba diseludup masuk ke Malaysia ditemukan bersembunyi di kawasan sawah padi di daerah Bang Klam di sini.
Bangkok Post melaporkan, kesemua mereka yang terdiri daripada 16 lelaki, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak ditinggalkan di kawasan tersebut tanpa makan dan minum.
Mereka ditemukan dalam ketakutan, kepenatan dan kelaparan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Pihak berkuasa mendapati kesemua etnik rohingya tersebut tidak memiliki dokumen yang sah.- AGENSI











