De Bruyne, Sterling bantu kemenangan City - Utusan Malaysia

De Bruyne, Sterling bantu kemenangan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOKOHAMA, Jepun – Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Lukas Nmecha meledak gol bagi membantu juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City mengakhiri Jelajah Asia dengan kemenangan 3-1 ke atas kelab Jepun, Yokohama Marinos, hari ini.

Bernardo Silva menjadi perancang kepada jaringan De Bruyne untuk gol pembukaan di depan 65,000 peminat di Stadium Nissan, yang terletak di pinggir Tokyo, apaila pemain antarabangsa Belgium itu melakukan larian ke dalam kawasan sebelum melepaskan rembatan kencang dengan kaki kirinya.

Keita Endo menjaringkan gol penyamaan untuk Yokohama, sebelum De Bruyne melakukan hantaran kepada Sterling yang tidak melakukan kesilapan apabila mudah melepasi dua pertahanan untuk menyumbat gol kedua pasukannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aksi laju yang dipamerkan dalam babak pertama, telah menyebabkan permainan separuh masa kedua diperlahankan sedikit, dengan beberapa peluang dipersiakan kedua-dua pasukan, sementara gol yang disempurnakan Sterling pada minit ke-58 tidak disahkan pengadil kerana ofsaid.

Percubaan Kazaki Nakagawa dinafikan penjaga gol City, Claudio Bravo sebelum Nmecha, 20, menjaringkan gol ketiga buat pasukan pelawat pada minit terakhir permainan selepas menerima hantaran lintang daripada pemain berusia 18 tahun, Adrian Bernabe.

Kemenangan tersebut mengakhiri Jelajah Asia buat skuad Pep Guardiola itu, yang berada di China terlebih dahulu selama dua hari dan berdepan kritikan hebat daripada media negara itu ekoran layanan buruk terhadap peminat.

The Sky Blues akan pulang ke England, dan bakal menghadapi perlawanan menentang Liverpool dalam Perisai Komuniti, Ahad minggu depan dengan musim baru Liga Perdana Inggeris bakal bermula seminggu selepas itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini