KUALA LUMPUR – Kelebihan dilihat lebih berpihak kepada Perak dalam aksi babak pertama final Piala FA apabila lebih banyak mengasak kubu pertahanan Kedah namun kedudukan masih kekal 0-0.
Bagaimanapun gol gagal diperterjamahkan oleh kedua-dua pasukan meskipun masing-masing mempunyai peluang untuk mencipta jaringan.
Perak yang turun dengan misi menamatkan kemarau 15 tahun menjulang Piala FA berjaya mencipta tiga peluang keemasan namun kecemerlangan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim berjaya memastikan gawangnya tidak dibolosi.
Skuad Lang Merah pula lebih banyak melakukan serangan balas pantas sekali gus menyaksikan tiga pemain Perak, Leandro Dos Santos, Nazirul Naim Che Hashim dan Amirul Azhan Aznan dilayangkan kad kuning.
Manakala kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar menjadi satu-satunya pemain Lang Merah meraih kad kuning.- UTUSAN ONLINE











