FLORIDA 27 Julai – Seorang bekas pemain bola sepak maut akibat dipanah petir ketika beriadah di pantai berdekatan Tampa, di sini.
Lapor portal Mirror, Garry Perks, 32, yang berasal dari Scotland, disambar petir pada 21 Julai lalu ketika mandi di pantai berkenaan sekitar pukul 1 petang waktu tempatan.
Bekas pemain pasukan Brora Rangers dan Tain Thistle itu meninggal dunia Rabu lepas ketika dirawat di hospital.- AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











