Mick pandu jentera bapanya pada GP Jerman - Utusan Malaysia

Mick pandu jentera bapanya pada GP Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOCKENHEIM, Jerman – Mick Schumacher melengkapkan demonstrasi tiga pusingan dengan memacu jentera F2004 yang pernah menjulang bapanya Michael sebagai juara dunia, sebelum sesi kelayakan Grand Prix (GP) Formula 1 Jerman, hari ini.

Anak lelaki kepada juara dunia tujuh kali yang telahpun berusia 20 tahun itu berasa seperti satu penyeksaan sepanjang dia menanti giliran untuk muncul di pit-lane di depan ribuan penonton yang hadir di Litar Hockenheim.

Schumacher yang kini merupakan pemandu Formula 2, memakai topi keledar yang direka khas bagi memberi penghormatan sepanjang karier bapanya memandu jentera Ferrari tersebut yang membawa kepada 13 kemenangan dan gelaran dunia pada 2004.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya cuma mahu masuk ke litar dan memandu jentera tersebut. Cukup jelas, sewaktu menunggu walaupun di depan pit, saya berasakan satu penyeksaan. Saya tidak pernah berhenti tersenyum. Senyuman sentiasa terukir di wajah saya. Walaupun saya terperangkap di situ, saya masih mampu tersenyum! Ia sesuatu yang sangat hebat,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini