Dua warga India ditemukan maut, dipercayai bergaduh sesama sendiri - Utusan Malaysia

Dua warga India ditemukan maut, dipercayai bergaduh sesama sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 27 Julai – Dua lelaki warganegara India ditemukan maut selepas dipercayai bergaduh sesama sendiri di sebuah rumah kedai di Taman Bertam Ria, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, pihak polis menemukan mayat Azad Mubarakbhai,26, dalam keadaan tergantung pada kipas di tingkat dua rumah kedai berkenaan manakala mayat Mubarak Ali,28, ditemukan di dalam bilik air.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kedua-dua mereka yang merupakan pekerja di sebuah restoran dipercayai bergaduh dan pihak polis turut menjumpai sebilah pisau di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada kesan pergelutan berlaku di antara kedua-dua mangsa dan pisau berkenaan dijumpai disebelah mayat lelaki yang tergantung.

“Kedua-duanya dipercayai pulang ke rumah berkenaan selepas tamat bekerja pada pukul 12.30 tengah hari dan mayat kedua-duanya ditemukan oleh rakan sekerja mereka pada pukul 6 petang tadi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, semasa kejadian itu berlaku hanya mereka berdua sahaja yang berada di rumah kedai yang dijadikan asrama pekerja restoran berkenaan.

“Motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini