1 remaja lemas, 2 terselamat mandi air terjun - Utusan Malaysia

1 remaja lemas, 2 terselamat mandi air terjun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABIS 27 Julai – Kegembiraan enam sahabat mandi-manda berakhir duka apabila seorang lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan dalam kejadian di Air Terjun Taka Melor, Pekan Air Panas di sini pukul 5.31 petang tadi.

Mangsa yang gagal diselamatkan adalah remaja lelaki berusia 16 tahun manakala dua rakan sebayanya yang turut lemas berjaya diselamatkan pengunjung yang berada di kawasan tersebut.

Mangsa lemas
Mangsa berusia 16 tahun yang lemas dalam kejadian di Air Terjun Taka Melur, Labis. – UTUSAN ONLINE

Sebelum itu mangsa dan lima rakannya yang datang dari Segamat pergi ke dusun datuk mangsa untuk makan durian sebelum mandi di air terjun berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seramai lapan anggota dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

“Setibanya pasukan bomba dan penyelamat di tempat kejadian, didapati terdapat seorang mangsa lemas yang telah dijumpai orang awam lalu diserahkan kepada pihak polis dan pegawai kesihatan untuk pengesahan kematian.

“Ketika kejadian tiga mangsa telah lemas. Seorang daripadanya gagal diselamatkan manakala dua rakannya berjaya diselamatkan sementara tiga lagi rakan mereka tidak lemas,” ujar Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Appandi Khalid ketika dihubungi.

Pihaknya masih mengumpulkan maklumat berkenaan identiti mangsa kerana dilaporkan tidak membawa sebarang pengenalan diri.

Beliau memberitahu, operasi tamat pukul 7.07 petang tadi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini