Guru meninggal dunia selepas bersukan - Utusan Malaysia

Guru meninggal dunia selepas bersukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Seorang guru rebah secara tiba-tiba ketika berehat selepas bersukan di sebuah gelanggang serbaguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah, Sarawak, hari ini.

Mangsa, Hadefi Daud, 45, merupakan seorang guru berkhidmat di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Lobang dan berasal dari Kampung Medong, Dalat, Sarawak.

Lapor portal Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Jimmy Panyau berkata, guru berkenaan terlibat dalam sukan hoki untuk Karnival Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Sarawak (PSKPP) peringkat Jabatan Pendidikan Mukah yang berlangsung hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah selesai perlawanan, mangsa berehat bersama rakan lain sebelum jatuh pengsan. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Mukah dan disahkan meninggal dunia.

“Hasil siasatan awal pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah berlaku semasa kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini