Empat jam cat badan demi Bos Gaurus - Utusan Malaysia

Empat jam cat badan demi Bos Gaurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang penyokong Perak sanggup membiarkan separuh badannya dicat selama empat jam bagi menzahirkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada skuad Bos Gaurus yang akan bertemu Kedah dalam aksi final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

PEMUDA dari Bagan Serai itu yang mahu disapa sebagai Jai Gen2 Kuning berkata proses mengecat badan tersebut dilakukan oleh rakan-rakannya.- FOTO UTUSAN/FADHILUL IZMEL ISHAK

Pemuda dari Bagan Serai itu yang mahu disapa sebagai Jai Gen2 Kuning berkata proses mengecat badan tersebut dilakukan oleh rakan-rakannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menggunakan cat warna yang memang dikhaskan untuk badan jadi sebab itu saya tidak berasa pedih walaupun hampir separuh badan saya dicat dengan warna bendera Perak.

“Saya sanggup mengecat badan saya kerana bagi memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan, Perak,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jai mencuri perhatian orang ramai apabila sering didekati untuk bergambar bersama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini