Hina nabi: Wanita UMNO Kelantan buat laporan polis - Utusan Malaysia

Hina nabi: Wanita UMNO Kelantan buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 27 Julai – Pergerakan Wanita UMNO negeri mendesak kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong yang memuat naik bahan menghina nabi Muhammad SAW di media sosial tersebut.

Sehubungan itu, 70 ahli Wanita UMNO dari lima bahagian iaitu Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Machang, Tumpat dan Bachok hari ini membuat laporan di Ibu pejabat Polis (IPD) Kota Bharu, di sini bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

Ketua Wanita UMNO negeri, Datin Rahimah Mahamad berkata, pihaknya menentang sekeras-kerasnya terhadap tindakan individu terbabit yang telah menghina kesucian agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak pernah menghina agama lain kerana kita mahu hidup dalam suasana aman dan harmoni.

“Jadi, kami menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun berkenaan,” katanya ketika ditemui Utusan Online selepas membuat laporan polis di IPD Kota Bharu di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tumpat, Nik Noriza Nik Salleh berkata, isu tersebut tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan institusi agama Islam.

“Kita berasa sangat terhina dengan tindakannya yang secara terbuka menghina Nabi Muhammad SAW.

“Ini menunjukkan dia tidak sensitif dengan negara kita yang berbilang agama dan sengaja mencetus ketegangan dan kemarahan orang Islam,” katanya.

Tambahnya, kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin bagi mengelak suasana tidak harmoni dalam negara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini