Pemandu kolej vokasional maut bukan sebab dipatuk ular - Utusan Malaysia

Pemandu kolej vokasional maut bukan sebab dipatuk ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 27 Julai – Seorang pemandu yang bertugas di sebuah kolej vokasional yang tular gambar tangannya dibelit ular sawa disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail dekat Batu Pahat hari ini disebabkan sakit jantung dan bukan akibat belitan atau patukan ular

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superitenden Muhammad Izzudin Runggai berkata, dalam kejadian ‪pukul 9‬ malam tadi, mangsa yang berusia 59 tahun itu dipercayai mengalami sesak nafas semasa cuba untuk mengeluarkan seekor ular sawa di dalam keretanya di kawasan kolej.

Susulan itu, katanya, mangsa dibawa oleh orang awam ke hospital tersebut sebelum disahkan meninggal dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…
SUPERITENDEN MUHAMMAD IZZUDIN RUNGGAI
SUPERITENDEN MUHAMMAD IZZUDIN RUNGGAI 

“Polis sebelum itu menerima laporan pengadu iaitu anak perempuan mangsa mengatakan ayahnya meninggal dunia di wad kecemasan hospital berkenaan.

“Sebelum itu, pengadu dimaklumkan bahawa ayah dibelit ular yang cuba dikeluarkan dari dalam keretanya di kawasan kolej vokasional dan mengalami sesak nafas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pengadu turut memaklumkan bahawa ayahnya mempunyai masalah kesihatan iaitu mudah sesak nafas tetapi tidak pernah membuat rawatan di hospital, dia juga tidak pasti sama ada kematian ayah berpunca daripada belitan, patukan atau penyakit dialami.

Tambahnya, daripada keterangan saksi juga tidak nampak jelas yang apa yang berlaku dan cuma menyatakan ular sawa membelit tangan kiri mangsa dan cuba membantu mangsa yang dalam keadaan lemah ketika ditemui sebelum menghantar mangsa ke hospital.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pada 9 pagi ini mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh “hypertensive heart disease” dan bukan disebabkan belitan ular atau patukan ular.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.- UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini