20 GRO dicekup - Utusan Malaysia

20 GRO dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Sebanyak 20 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Jalan Klang Lama di sini malam tadi.

Serbuan kira-kira pukul 11.30 malam itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur selepas mendapati pusat hiburan tersebut tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md. Isa berkata, turut diperiksa dalam serbuan itu ialah 22 pengunjung premis.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ujarnya, hasil serbuan itu juga, pihaknya turut menahan seorang pengurus premis warga tempatan berusia 24 tahun.

“Selain itu, peralatan hiburan juga telah dirampas untuk tujuan siasatan. Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah seksyen 4(1) AHWPKL, Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39(b) Per Imigresen dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Rusdi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pusat hiburan tidak berlesen boleh menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Khas 24 jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini