Jom meriahkan Karnival amal VI esok - Utusan Malaysia

Jom meriahkan Karnival amal VI esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai- Orang ramai dijemput memeriahkan Karnival amal Muhibah Victoria Institution (VI), yang bakal berlangsung di sekolah berkenaan esok .

Objektif penganjuran karnival dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pentadbir sekolah  itu antara lain sebagai usaha menyemai ilmu dan kemahiran asas mengenai alam pekerjaan dan perniagaan kepada pelajar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang Dipertua PIBG sekolah, Farizuddin Aman dalam satu kenyataan berkata, karnival yang bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang akan diisi pelbagai aktiviti menarik.

“Antaranya gerai jualan makanan, kejohanan bola keranjang dan futsal serta persembahan mini konsert Pasukan Pancaragam Kor Kadet VI (VICCB).

“Program ini juga bertujuan mengumpul dana bagi membiayai pembelian sebuah bas untuk memudahkan pergerakan pelajar menjalankan aktiviti luar selain menampung perbelanjaan bagi program serta aktiviti pembangunan sukan dan ko-kurikulum VI.

Menurut Farizuddin, karnival itu merupakan platform untuk pelajar mempelajari selok-belok perniagaan dan pemasaran di mana mereka akan menguruskan gerai jualan dengan dibantu oleh guru kelas.

“Selain itu, pelajar juga akan mempelajari teknik komunikasi bersama pelanggan serta pengurusan acara yang dipersembahkan. Platform ini juga mampu membina ukhuwah antara murid, ibu-bapa, guru, komuniti setempat serta pelajar lama” , ujarnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan kupon atau ingin menyumbang bagi merealisasikan objektif pengumpulan dana boleh menghubungi  Cikgu Azmi di talian 019-301 2362, Cikgu Zainal (019-357 4863), Addy (012-473 7334) dan Suhana (012-217 3395). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini