Real buat pusingan U - Utusan Malaysia

Real buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – James Rodriguez berkemungkinan akan kekal di Real Madrid selepas kelab tersebut kehilangan Marco Asensio akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) malah telah bersetuju melepaskan Gareth Bale untuk menyertai kelab Liga Super China, Jiangsu Suning.

Pemain Colombia itu menyertai Real pada 2014 dan beraksi dua musim secara pinjaman di Bayern Munich bakal meninggalkan kelab tersebut untuk berpindah ke Napoli atau Atletico Madrid.

Bagaimanapun, Real kehilangan Asensio sebelum musim baharu bermula selepas dia mendapat kecederaan ACL ketika membantu pasukannya seri 2-2 menentang Arsenal dalam Piala Cabaran Antarabangsa, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi itu menyaksikan pengurus Real, Zinedine Zidane kekurangan pilihan dan jalan penyelesaian terpantas yang boleh dibuat adalah menempatkan Rodriguez dalam kesebelasan utama pasukan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini