Orang Asli Kuala Koh: Laporan awal kematian siap minggu depan - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Laporan awal kematian siap minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK – Laporan awal mengenai keputusan ujian forensik terhadap 12 mayat Orang Asli dari Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan dijangka siap minggu depan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sebaik mendapat laporan itu, beliau akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk sesi penerangan mengenainya.

“KKM (Kementerian Kesihatan) bersama beberapa pihak lain termasuk NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara), PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Jabatan Kimia telah bermesyuarat semalam… satu laporan awal sedang disediakan dan akan dibentangkan kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Sik di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, laporan penuh hanya akan dapat disiapkan apabila KKM menerima keputusan DNA daripada 12 mayat itu, keputusan ujian toksikologi dan logam berat daripada lapan mayat serta keputusan entomologi daripada 10 mayat.

“Proses untuk laporan DNA daripada Jabatan Kimia mengambil masa paling kurang empat minggu lagi untuk siap dan KKM akan membuat kenyataan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perkembangan terbaharu,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini