Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL bersara wajib hari ini - Utusan Malaysia

Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL bersara wajib hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Sr. Mohd. Najib Mohd. menamatkan perkhidmatannya dengan agensi pihak berkuasa tempatan itu berkuat kuasa hari ini.

DBKL dalam satu kenyataan di sini berkata, Mohd. Najib mula berkhidmat dengan agensi itu sejak 15 Mac 1982 sebagai juruukur bahan di Jabatan Ukur Bahan.

“Beliau telah berkhidmat selama 37 tahun dan sepanjang perkhidmatan itu, pelbagai jawatan disandang seperti Pengarah Jabatan, Timbalan Ketua Pengarah dan yang terakhir, Pengarah Eksekutif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“DBKL merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau banyak menyumbang idea kepada pembangunan dan kelestarian DBKL khususnya dan Kuala Lumpur amnya,” katanya.

DBKL berkata, kekosongan jawatan Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek bakal diisi oleh pegawai lain yang akan dilantik dan diumumkan kelak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini