PDRM umum pertukaran dan kenaikan pangkat 12 pegawai kanan - Utusan Malaysia

PDRM umum pertukaran dan kenaikan pangkat 12 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 12 pegawai kanannya berkuat kuasa bermula 3 September depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara, Datuk Asmawati Ahmad berkata, antara pegawai kanan yang tersenarai dalam pertukaran tersebut adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Perancangan (D8), Jabatan Siasatan Jenaya (JSJ) Bukit AMan, Datuk Sharul Lalli Masduki yang bertukar menjadi Timbalan Ketua Polis Melaka.

“Turut terlibat dalam pertukaran ini adalah Timbalan Komander (Operasi) Pasukan Gerakan Udara, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Bukit Aman, Asisten Komisioner Noor Sham Md. Jani yang dinaikkan pangkat dan akan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak, Asisten Komisioner Ali Tamby pula ditukarkan menjadi Ketua Staf, Pasukan Khas, Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Jabatan Perdana Menteri dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Asmawati, pertukaran turut melibatkan Penolong Pengarah Unit Rondaan Bermotosikal/e-Sektor, Bahagian Operasi Darat Jabatan Pencegaran Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd. Soaihami Rahim yang ditukarkan menjadi Ketua Penolong Pengarah, Koordinasi Sumber Sokongan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

“Timbalan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram dan Jenayah Pembiayaan Keganasan, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman, Asisten Komisioner Willey Anak Richard ditukarkan menjadi Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Bukit Aman dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner. 

“Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Perlis, Superintendan V. Raja pula akan menggalas jawatan sebagai Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (Operasi) Sarawak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner,” katanya.

Mengulas lanjut, Asmawati memaklumkan, senarai pertukaran diteruskan dengan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Perak, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah yang ditukarkan kepada Penolong Pengarah Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

“Ia diikuti dengan pertukaran DSP Perangkaan Pematuhan Integriti, Cawangan Pematuhan Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Deputi Superintendan Nor Mila Mohamad kepada Ketua Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Perak dengan memangku pangkat Superintendan.

“Pertukaran seterusnya melibatkan Komander Unit Pencegah Penyeludupan Sempadan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali yang ditukarkan menjadi Ketua Polis Daerah Baling, Kedah dengan memangku pangkat Superintendan,”ujar beliau.

Tambahnya, Pegawai Turus Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Siasatan Khas, JSJ Melaka, Deputi Superintendan Hanyan Ramlan kepada Ketua Polis Daerah Kemaman, Terengganu dengan memangku pangkat Superintendan.

“Mengakhiri senarai pertukaran adalah, Ketua Bahagian Kepolisan Am, Markas Pasukan Polis Marin, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Kuantan Wilayah Tiga, Pahang, Deputi Superintendan Rodzi Abu Hassan yang ditukarkan menjadi Komander Unit Pencegahan Penyeludupan Sempadan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Perlis,” kata beliau. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini