10 samseng warga Afrika ditahan - Utusan Malaysia

10 samseng warga Afrika ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seramai 10 individu warga Afrika ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian serangan ke atas anggota polis di sebuah pangsapuri di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam sewaktu seorang pegawai dan tiga anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hadir ke pangsapuri berkenaan untuk melakukan tangkapan ke atas seorang suspek berkait kes penipuan. 

“Ketika sedang menjalankan proses tangkapan, pasukan berkenaan telah dikepung oleh sekumpulan lelaki dipercayai warga Afrika yang bertindak agresif dan cuba menghalang anggota polis daripada menjalankan tugas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kumpulan warga Afrika tersebut turut menyerang dan memukul pegawai serta anggota berkenaan sehingga memaksa mereka mendapatkan bantuan yang tiba tidak lama kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Menurut Fadzil, susulan kejadian itu seramai 10 warga Afrika telah ditahan dan salah seorang daripada mereka turut mengalami kecederaan patah pada kaki ketika cuba melarikan diri. 

“Kesemua tangkapan kini direman selama empat hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan. 

“Pihak polis tidak akan berkompromi kepada warga asing terutamanya dalam isu berkaitan kes ini yang melibatkan warga asing dari negara-negara Afrika yang jelas menghalang tugas penjawat awam. Tindakan tegas akan diambil kepada semua yang terus melanggar undang-undang negara,” tegas beliau. 

Terdahulu, tular di laman media sosial tentang kejadian anggota polis cedera dipukul oleh sekumpulan lelaki warga Afrika yang berang apabila pihak polis cuba untuk menahan rakan mereka bagi membantu siasatan berhubung satu laporan melibatkan kes penipuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini