Pengedar dadah warga Indonesia ditahan - Utusan Malaysia

Pengedar dadah warga Indonesia ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 27 Julai – Seorang pengedar dadah warga Indonesia ditahan dalam satu serbuan di rumah pekerja di ladang Pakaka Niah Jalan Miri-Bintulu semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7.30 malam itu, suspek berusia 47 tahun ditahan selepas memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 33.69 gram dianggarkan bernilai RM4,379.70

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisoner, Lim Meng Seah berkata, dadah methamphetamine di dalam 30 keratan straw berwarna biru dan merah itu ditemukan di dalam bilik suspek.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek dipercayai aktif mengedar dadah sejak tahun lalu di sekitar kawasan Batu Niah dengan mendapat sumber dadah dari pengedar tempatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan suspek juga tiada rekod jenayah lampau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini