Tiada syarat untuk UMNO, Pas bukan parti malaikat - Utusan Malaysia

Tiada syarat untuk UMNO, Pas bukan parti malaikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Pas tidak akan mencampuri masalah dalaman yang dihadapi oleh UMNO dan tidak akan meletakkan apa-apa syarat khusus untuk membolehkan kerjasama antara kedua-dua parti itu terlaksana.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO adalah untuk memperbetulkan politik negara.

“Itu masalah dalaman (Umno) kita tak campur,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung di facebook.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lagi pula kata Abdul Hadi, Pas sendiri bukan parti malaikat dan mereka juga perlu bersih.

“Kita juga perlu bersih bukan bersih orang lain saja. Kita pun kena bersih juga. Masing-masing parti kena bersihkan parti sendiri.

“Kita (PAS) tak anggap kita parti malaikat,” katanya ketika ditanya sama ada Pas akan meletakkan sebarang syarat kepada UMNO untuk memastikan parti itu bersih terlebih dulu sebelum menjalinkan kerjasama secara rasmi.

Ia susulan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa yang dihadapi oleh beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Presiden Batuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini