Mogok pekerja: 100 penerbangan dibatalkan di Barcelona - Utusan Malaysia

Mogok pekerja: 100 penerbangan dibatalkan di Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 26 Julai – Mogok besar – besaran dilancarkan kakitangan lapangan terbang Barcelona mengakibatkan pembatalan lebih 100 penerbangan.

Kerajaan memberi amaran lebih seratus lagi penerbangan dijangka akan dibatalkan ekoran tindakan mogok pekerja itu.

Vueling yang merupakan anak syarikat IAG memberitahu pihaknya terpaksa membatalkan 112 penerbangan pergi dan balik Barcelona pada hujung minggu ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kakitangan lapangan terbang itu melancarkan mogok kerana kekurangan kakitangan dan dipaksa bekerja lebih masa lebih-lebih lagi pada waktu genting sekitar Julai dan Ogos.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini