Pengguna Internet dan telefon pintar di Kemboja meningkat - Utusan Malaysia

Pengguna Internet dan telefon pintar di Kemboja meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH 26 Julai – Jumlah pengguna telefon pintar dan Internet di Kemboja meningkat secara mendadak dalam tempoh suku pertama tahun ini dengan jumlah kad SIM yang aktif melebihi populasi negara itu.

Bangkok Post melaporkan, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Pengendali Telekomunikasi Kemboja (TRC), jumlah kad SIM berdaftar melonjak 9.4 peratus iaitu hampir mencecah 20.8 juta pada suku pertama tahun ini.

Pengguna Internet pula meningkat 31.6 peratus menjadikan jumlah terkini sebanyak 15.8 juta, bersamaan 98.5 peratus daripada jumlah populasi di negara berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap TRC, Im Vutha memberitahu Khmer Times pasaran kad SIM kini menjadi tepu, dengan jumlah kad yg aktif melebihi penduduk

Bagaimanapun katanya, jumlah pengguna Internet di Kemboja masih boleh berkembang.

“Jumlah pengguna Internet bertambah secara mendadak kerana penggunaan Internet menerusi telefon pintar yang semakin meningkat,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini