Program Hayya Alal Falah mantapkan sahsiah pelajar sekolah - Utusan Malaysia

Program Hayya Alal Falah mantapkan sahsiah pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAHSIAH. Seramai 1,000 pelajar dari tujuh buah sekolah terpilih di seluruh negara menyertai program Hayya Alal Falah anjuran Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya (UM) , Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ia merupakan program tahunan sejak 2017 dalam menyantuni pelajar sekolah yang bakal menduduki peperiksaan penting.

Seramai 34 sukarelawan yang juga penuntut UM berkongsi aspirasi kejayaan dengan para peserta pada program berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pengarah program, Nur Nabilah Zamzuri berkata, modul yang digunakan dibahagikan mengikut aspek yang menjadi keperluan proses kemenjadian pelajar, iaitu kepimpinan, kerohanian, sahsiah, sukan, kesihatan, akademik serta motivasi.

“Bentuk penyampaian pula disesuaikan mengikut kumpulan sasaran yang ditentukan oleh pihak sekolah,” katanya.

Menurutnya, program tersebut dilaksanakan di sekolah yang terlibat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini