Hilang dua minggu, Bunjai ditemukan selamat - Utusan Malaysia

Hilang dua minggu, Bunjai ditemukan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARIKEI – Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah kesihatan mental serta gout yang dilaporkan hilang di kawasan hutan hampir dua minggu lalu ditemukan selamat oleh penduduk rumah panjang di sebuah kebun lada di Ulu Nunggang, Pakan, dekat sini hari ini.

Mangsa, Bunjai Sagang, 53, ditemukan di kebun lada dalam keadaan lemah dan kelaparan ketika meminta makanan daripada penduduk rumah panjang berkenaan yang kebetulan turun ke kebun itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mangsa oleh penduduk rumah panjang melalui panggilan telefon pada pukul 12.35 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, penduduk telah membawa lelaki itu ke rumah panjang sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Pakan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Mangsa memberitahu dia mampu bertahan selama tempoh hilang itu dengan hanya dengan meminum air sungai,” katanya.

Nicholas berkata, mangsa dari Rumah Christina Kasun telah keluar dari rumah panjang itu pada 11 Julai sebelum keluarganya membuat laporan di Balai Polis Julau selepas dua hari mangsa tidak pulang.

Bagaimanapun, operasi SAR disertai bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk tempatan terpaksa ditangguhkan pada 19 Julai lalu berikutan tiada petunjuk ditemukan sepanjang tempoh berkenaan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini