Ronaldo teruja beraksi di Bukit Jalil - Utusan Malaysia

Ronaldo teruja beraksi di Bukit Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – “Tak kisah siapa yang menjaringkan gol, asalkan Perak menang”. Demikian tegas penyerang import Perak dari Brazil, Ronaldo Henrique Silva ketika ditanya peluangnya untuk meneruskan aksi konsistennya sebagai penjaring utama pasukan dalam perlawanan akhir Piala FA, esok.

Sentuhan jaringan Ronaldo sememangnya ditagih pada final menentang Kedah, setelah kehadiran pemain itu berjaya mengatasi ketumpulan jentera serangan skuad The Boss Gaurus.

Daripada sebuah pasukan yang dilabel sebagai ‘pakar seri’, Perak kini dianggap sebagai ‘pakar kebangkitan’ seperti yang dibuktikan dalam separuh akhir kedua Piala FA apabila berjaya menyingkirkan Pahang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam 12 perlawanan yang diharunginya bersama Perak, Ronaldo telah menjaringkan lapan gol.

“Saya tidak kisah walau siapapun yang menjaringkan gol. Yang penting pasukan Perak menang dan jika saya mampu meledak gol itu sesuatu yang saya harapkan,” katanya ketika ditemui di Stadium

Perak, di sini sebelum berangkat ke Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Sementara itu, Ronaldo mengakui, tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan akhir pertamanya dalam saingan liga tempatan di negara ini.

Katanya, selain debaran perlawanan, dia mahu menikmati perlawanan di hadapan kira-kira 80,000 penyokong yang dijangka membanjiri Stadium Nasional, esok.

Jelasnya, dia pernah mengharungi dua perlawanan akhir dalam liga boleh sepak di negara lain di hadapan 60,000 penonton.

“Saya teruja untuk beraksi di stadium dengan kapasiti penuh lebih 80,000 penyokong. Ini sesuatu yang belum pernah saya lalui lagi. Perlawanan akhir, esok sudah tentu amat bermakna buat saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini