Lupakan Alves, fokus final - Aidil - Utusan Malaysia

Lupakan Alves, fokus final – Aidil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jurulatih Kedah, Aidil Sharin mendedahkan dia lebih berminat untuk memberikan fokus kepada aksi final Piala FA 2019 bertemu Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil berbanding memikirkan tekanan kehilangan khidmat pemain pertahanan utama, Renan Alves.

Terdahulu, hajat Kedah untuk menurunkan Renan dalam perlawanan akhir, Sabtu ini tidak kesampaian apabila pemain itu perlu menjalani penggantungan satu perlawanan yang telah ditetapkan mengikut Kod Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Surat hukuman telah dikeluarkan oleh FAM, 23 Julai lalu, selepas Alves dilayangkan kad kuning kedua, seterusnya kad merah pada perlawanan terakhir Liga Super 2019 bertemu Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 21 Julai lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, Aidil telah mengenal pasti pemain yang sesuai mengisi kekosongan Alves dan menaruh kepercayaan tinggi kepada kesebelasan utama yang bakal diturunkan.

“Setakat ini, semua berjalan dengan baik dan persiapan berjalan cukup lancar. Kami sudah pasti terasa kehilangan Rennan kerana dia merupakan tonggak utama Kedah.

“Jadi, kami tidak boleh buat apa-apa dan harus menghormati peraturan pertandingan, tetapi apa yang lebih mustahak kepada sesiapa yang mengisi posisi (Renan) itu harus bersiap sedia dan memberikan yang terbaik.

“Saya percaya pemain saya seperti Shakir Hamzah cukup selesa untuk bermain dengan mana-mana pemain dan Kedah akan memberikan aksi terbaik untuk final, malam esok.

“Bola sepak sentiasa melibatkan elemen risiko. Kepada sesiapa yang diberikan tugas untuk turun bermain, tetapi saya tidak tahu siapakah pemain itu lagi buat masa ini, mereka harus bersiap sedia kerana kita perlu fokus bukan kepada satu posisi sahaja, tetapi perhatian kepada semua kawasan,” ujarnya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, kapten Kedah, Baddrol Bakhtiar telah bersedia sepenuhnya dengan permainan psikologi dan taktik kotor yang bakal dilakukan Leandro Dos Santos.

“Dia (Leandro) memang terkenal dengan aksi keras dan suka melakukan serangan psikologi kepada lawannya. Bagi saya ia bukan perkara baru kerana telah beberapa kali bertemu dalam aksi liga.

“Saya harap pemain lain dapat beraksi seperti biasa dan tidak terkesan dengan cara permainan Leandro. Buat tak tau je dengan cara dia, kita buat macam biasa,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini