Emery bikin hati Ceballos ‘cair’ - Utusan Malaysia

Emery bikin hati Ceballos ‘cair’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain muda Sepanyol, Dani Ceballos mengakui pengurus Arsenal, Unai Emery menjadi pendorong utama buat dirinya menyertai The Gunners dengan status pinjaman daripada Real Madrid.

Pemain tengah berusia 22 tahun tersebut telah sah menyarung jersi Arsenal pada musim depan, sekali gus bakal bergandingan dengan rakan senegaranya, Hector Bellerin dan Nacho Monreal.

Ceballos menjelaskan, Emery berjaya memujuk dirinya untuk beraksi di Emirates meskipun Arsenal masih dalam misi pemburuan pemain baharu sebelum jendela perpindahan ditutup kurang dua minggu lagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Emery menjadi individu penting dalam penghijrahan saya ke Liga Perdana England (EPL).

“Dia adalah pengendali kelahiran Sepanyol dan sudah tahu cara permainan saya sejak dahulu lagi. Jadi, sudah tentu saya gembira dapat menjadi sebahagian daripada pemain Arsenal.

“Saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap Emery dan perkara itu sudah cukup bagus untuk saya memulakan karier di Emirates.

“Sudah pasti saya berbangga dapat menyarung jersi Arsenal dan saya percaya Emery berupaya membantu meningkatkan karier saya di EPL berdasarkan kemahiran dan taktikal yang ada padanya,” kata Ceballos.

Kehadiran Ceballos mampu menjadi aset utama pasukan itu untuk mengisi kekosongan posisi yang ditinggalkan Aron Ramsey selepas pemain tengah berkenaan mengambil keputusan berhijrah ke Turin menyertai Juventus.

Dia telah melakukan 23 penampilan bersama Real dalam saingan La Liga musim lepas. – Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini