Rakitic makin hampir tinggalkan Barca - Utusan Malaysia

Rakitic makin hampir tinggalkan Barca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemain buruan Manchester United, Ivan Rakitic dilaporkan semakin hampir meninggalkan Barcelona pada musim panas ini.

Perancang Croatia itu masih mempunyai baki dua tahun lagi dalam kontraknya di Camp Nou, namun masih belum bersetuju dengan kontrak baharu yang ditawarkan kepadanya.

Media Sepanyol mela­porkan bahawa pemain berusia 31 tahun itu mungkin akan meninggalkan Barca selepas jurulatih, Ernesto Valverde memberitahunya bahawa dia akan jarang diturunkan dalam skuad utama juara La Liga berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kehadiran perancang muda, Frenkie de Jong daripada Ajax Amsterdam juga turut menutup lagi peluang Rakitic untuk beraksi di atas padang.

United pula telah lama berminat ke atas Rakitic yang menyertai Barca daripada Sevilla pada 2014.

Rakitic telah membuat lebih 250 penampilan buat Barca dan telah memenangi empat gelaran La Liga dan Piala Raja Sepanyol serta satu trofi Liga Juara-Juara pada 2015 sepanjang lima tahunnya bersama kelab daripada Catalan berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini