Diperdaya wanita, 2 telefon bimbit dilarikan - Utusan Malaysia

Diperdaya wanita, 2 telefon bimbit dilarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 26 Julai – Seorang lelaki kerugian RM6,000 setelah ditipu seorang wanita yang mengatakan mahu membeli dua buah telefon bimbit dalam satu kejadian di pekarangan Hospital Columbia Asia, Taman Bukit Indah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian itu berlaku apabila mangsa bertemu suspek pada pukul 10.45 malam.

“Suspek memberitahu pengadu untuk menyerahkan telefon bimbit itu terlebih dahulu untuk diperiksa sebelum memberitahu mangsa akan mengambil wang dalam kenderaannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek yang kemudian memasuki kenderaannya terus memecut meninggalkan pengadu yang turut ditemani adiknya pada masa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini