Kes rogol Exco DAP: Tommy Thomas amal pilih kasih? - Utusan Malaysia

Kes rogol Exco DAP: Tommy Thomas amal pilih kasih?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengikuti rapat perkembangan kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul Yong.

Sejak awal lagi persepsi berkeliaran mengenai amalan pilih kasih dalam kes ini apabila Paul Yong tidak direman namun kini siasatannya sudah sempurna dan diserahkan oleh pihak polis kepada Peguam Negara, Tommy Thomas sebagaimana kenyataan Ketua Polis Negara pada 23 Julai lalu.

Kes ini sangat perlu disegerakan kerana ia mendapat perhatian masyarakat antarabangsa khususnya negara jiran kita, Indonesia, selaku negara asal pembantu rumah itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kami merasa hairan mengapa Paul Yong belum dihadapkan ke mahkamah sedangkan kes ini berlaku pada 7 Julai lalu lebih awal daripada satu lagi kes yang serupa iaitu kes cabul membabitkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Melaka, Ma’on @ Yunus Abu Samah, yang berlaku pada 15 Julai lalu.

Jika Ma’on, yang kesnya lebih ringan dan lebih lewat, tetapi ditahan reman empat hari berbanding Paul Yong yang tidak direman, telah didakwa dua hari lalu maka mengapa pula Paul Yong, yang kesnya lebih berat dan lebih awal, masih belum didakwa?!

Apakah kerana Paul Yong seorang pemimpin DAP manakala Ma’on seorang rakyat biasa maka Paul Yong wajar diberikan layanan lebih istimewa?

Atau apakah kerana Paul Yong seorang Exco Kerajaan Negeri Perak manakala Ma’on hanya seorang Pengerusi MPKK di Melaka maka Ma’on lebih cepat didakwa?

Tidak dapat tidak, persepsi sebegini akan terus berleluasa selepas Peguam Negara sebelum ini bertindak menggugurkan pendakwaan kes rasuah pemimpin DAP, Lim Guan Eng dan beberapa kes berprofil tinggi membabitkan pimpinan PH.

Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyeru Peguam Negara tidak melengahkan pendakwaan ke atas kes ini bagi memastikan imej perundangan negara terjaga dan sekali gus bagi menjernihkan persepsi rakyat terhadap sikap pilih kasih Tommy Thomas sebagaimana kes-kes sebelum ini yang terkait dengan pimpinan Kerajaan dan DAP!

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Utusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini