300 jemaah Masjid Jamek Kampung Gong Pak Jin dijamu durian - Utusan Malaysia

300 jemaah Masjid Jamek Kampung Gong Pak Jin dijamu durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS 26 Julai – Kira-kira 300 jemaah Masjid Jamek Kampung Gong Pak Jin di Mengabang Telipot di sini dijamu dengan buah-buahan termasuk durian selepas mereka selesai menunaikan Solat Jumaat hari ini.

Selain durian, para jemaah turut berpeluang menikmati buah rambutan dan manggis yang disediakan pihak jawatankuasa masjid.

MOHD. ZAKI MAT YAKIM
MOHD. ZAKI MAT YAKIM 

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kampung Gong Pak Jin, Mohd. Zaki Mat Yakim berkata, program penyediaan hidangan selepas solat Jumaat itu telah dilaksanakan di masjid tersebut sejak dua minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bersempena musim buah-buahan kita mengambil peluang menjamu ahli kariah dan jemaah dengan buah kegemaran ramai.

“Insya Allah program ini akan diteruskan memandangkan ia mendapat sambutan hangat masyarakat setempat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

 

Dalam program itu, jemaah turut dihidangkan dengan pulut durian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini