Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di lapangan terbang Hong Kong - Utusan Malaysia

Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di lapangan terbang Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG 26 Julai – Ratusan penunjuk perasaan termasuk beberapa kru penerbangan berhimpun dekat balai ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, hari ini.

Penunjuk perasaan yang memakai serba hitam melaungkan slogan anti kerajaan, memegang sepanduk dan mengedarkan risalah kepada pengunjung yang tiba di lapangan terbang tersebut.

Penganjur menyifatkan perhimpunan itu sebagai peluang untuk memberi gambaran kepada pengunjung tentang keadaan sebenar Hong Kong pada ketika ini.- AFP

Memuatkan artikel berkaitan…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini