Pelacur perlukan bimbingan ke pangkal jalan - Utusan Malaysia

Pelacur perlukan bimbingan ke pangkal jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK 26 Julai – Jangan pandang jijik kepada pelacur kerana mereka sebenarnya memerlukan bimbingan untuk kembali ke pangkal jalan.

Penceramah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali Ebit Lew berkata, ramai pelacur yang menangis bila dimaklumkan Allah SWT masih sayangkan mereka.

Menurutnya, tidak ramai yang turun padang untuk mentarbiah golongan ini kerana berpandangan serong dengan pelbagai perspektif yang negatif.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak pernah diugut atau dipukul ketika menemui pelacur bagi tujuan dakwah. Tiada yang datang untuk marah dan tidak pernah dipukul. Mereka semuanya baik dan memberi laluan untuk kita teruskan dakwah.

“Tidak pernah saya jumpa yang jahat datang untuk membelasah kecuali diberikan Allah laluan yang mudah,” katanya ketika ditemui di Masjid al-Abrar, Pauh Sembilan, dekat sini, hari ini.

Ebit Lew berkata, sepanjang usahanya berdakwah di sekitar sarang pelacuran di ibu kota, seramai 20 orang pelacur terpanggil mengikuti motivasi khusus yang diadakan selama tiga hari di Port Dickson baru-baru ini.

“Mereka menitis air mata (menangis) dan mendakwa hari berkenaan (motivasi) adalah hari paling bahagia dalam hidup kerana kali pertama mendirikan solat selepas 12 hingga 26 tahun bergelumang dengan dunia pelacuran.

“Semoga Allah mengekalkan keinsafan itu dengan hidayahNya. Kita hanya pendakwah yang seharusnya tampil bersama mereka yang gersangkan keredaan Allah,” katanya.

Menurutnya, usaha menghampiri golongan itu akan diteruskan sepanjang tahun paling tidak untuk memberi kesedaran dan keinsafan kepada mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini