Royal Brunei Airlines diiktiraf Skytrax 4-bintang - Utusan Malaysia

Royal Brunei Airlines diiktiraf Skytrax 4-bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Royal Brunei Airlines (RB) diiktiraf Skytrax 4-bintang daripada organisasi penarafan antarabangsa pengangkutan udara berikutan audit terperinci keseluruhan terhadap kualiti produk dan standard perkhidmatan syarikat penerbangan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif RB, Karam Chand berkata, perkhidmatan dan produk RB telah diaudit oleh juruaudit syarikat penerbangan menggunakan penanda aras antarabangsa yang meliputi kira-kira 900 aspek penilaian utama.

Katanya, RB telah menerima beberapa anugerah perkhidmatan utama dan kini dengan anugerah Skytrax 4-bintang, ia satu penghormatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami juga berjaya meningkatkan kedudukan ke-66 kedudukan tahunan syarikat penerbangan Skytrax 100 teratas di dunia pada tahun ini daripada kedudukan ke-95 pada 2016.

“RB juga dinamakan sebagai satu daripada lima syarikat penerbangan teratas yang mencapai paling banyak penambahbaikan dan tidak lama dahulu syarikat penerbangan 10 teratas paling disayangi di dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

RB berhubung dengan Skytrax pada 2018 untuk menjalankan audit kualiti syarikat penerbangan. Sejak itu, RB memperbaiki produk dan perkhidmatan.

Pada tahun lalu, RB melengkapkan program memodenkan pesawat dengan teknologi baharu B787 Dreamliner dan A320neo.

Rangkaian RB telah berkembang dan syarikat memperkenalkan lebih banyak penerbangan terus ke beberapa destinasi utama.

RB memperluaskan rangkaian daripada 17 kepada 25 destinasi dan tidak lama lagi kepada 32 termasuk bandar RB Link. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini