NAKHON RATCHASIMA 26 Julai-Ibu kepada seorang remaja yang dipercayai dirogol seorang pelajar senior di sekolahnya menuntut siasatan dibuat ke atas sekolah berkenaan yang didakwa cuba menyembunyikan kejadian itu dari pengetahuannya.
Wanita berusia 30 tahun itu mendakwa anak perempuannya yang berusia 13 tahun dirogol seorang pelajar di sekolah Ban Dan Khon, dekat daerah Non Sung.
Bagaimanapun, wanita terbabit hanya mengetahui perkara tersebut sebulan selepas kejadian berlaku.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Saya menuntut agar pihak sekolah bertanggungjawab atas kejadian ini,” katanya.- AGENSI











