Penduduk gempar terlihat tahi bintang - Utusan Malaysia

Penduduk gempar terlihat tahi bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIHAR 26 Julai – Penduduk daerah Madhubani gempar apabila sebuah tahi bintang dikesan jatuh dekat sini, baru-baru ini.

Lapor The Guardian, tahi bintang bersaiz seperti sebuah bola itu ditemukan penduduk di sebuah sawah padi di sini.

Majistret Madhubani, Kapil Ashik berkata penduduk kampung Mahadeva mendakwa terluhat objek seakan bebola api jatuh dari langit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penduduk kemudian mengorek objek berkenaan yang tertanam 150 sentimeter di dalam tanah.

Objek tersebut dilaporkan berwarna coklat seberat 15 kilogram dan dikatakan memiliki daya tarikan magnetik.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini