Tuduh KPN: Polis buka kertas siasatan - Utusan Malaysia

Tuduh KPN: Polis buka kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai- Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 selepas mengambil keterangan Datuk Lokman Noor Adam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kehadiran Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, bagaimanapun, pihaknya akan memanggil Lokman untuk diambil keterangan sekali lagi sekiranya ada keperluan.

“Kertas siasatan akan diselesaikan sebelum diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

“Sama ada kita akan panggil Lokman semula atau tidak, ia bergantung kepada keperluan. Jika DPP kata tuduh, kita akan tuduh,” katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Terdahulu, Lokman hadir di Ibu pejabat Polis Bukit Aman untuk dirakam percakapan kira-kira pukul 10.15 pagi sebelum proses itu selesai pada pukul 12.40 tengah hari.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini