Nelayan ditemui mati akibat serangan jantung - Utusan Malaysia

Nelayan ditemui mati akibat serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN  –  Seorang nelayan yang sedang menangkap ikan ditemui mati dipercayai akibat serangan jantung di dalam bot fiber di tebing Sungai Pengkalan Baran berhampiran Kuala Kemaman dekat sini semalam.

Ramli Muda, 60, dari Kampung Mak Lagam dekat sini dijumpai terbaring di dalam bot tersebut oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 11.10 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, sebelum kejadian, nelayan itu telah turun ke sungai berkenaan untuk menangkap ikan dari Jeti Bangsal Ikan Alex, Kampung Geliga Che Akob dekat sini pada pukul 12 tengah hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa tidak pulang ke daratan pada pukul 6 petang seperti biasa sehingga menimbulkan kerisauan keluarganya kerana dia mempunyai rekod masalah jantung.

“Anaknya, Nurul Ain, 25,  telah membuat laporan polis berhubung kehilangan bapanya pada pukul 10 malam,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Mohd. Haki berkata, hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Kemaman di sini mengesahkan kematian Ramli disebabkan oleh komplikasi jantung. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini