Lagi petinju pro mati dalam masa dua hari - Utusan Malaysia

Lagi petinju pro mati dalam masa dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES – Seorang lagi petinju profesional menemui maut apabila Hugo Santillan dari Argentina disahkan mati selepas bertarung menentang pemegang tali pinggang lightweight Majlis Tinju Dunia (WBC), Eduardo Abreu dari Uruguay di sini awal hari ini.

Ini merupakan kematian kedua dalam tempoh dua hari dalam sukan tinju selepas petinju Rusia, Maxim Dadashev turut menerima nasib sama apabila disahkan mati semalam selepas beberapa hari bertarung di Amerika Syarikat.

Santillan, 23, bagaimanapun hanya disahkan mati selepas menerima rawatan di hospital. Terdahulu dia tiba-tiba tumbang selepas berakhir pertarungan 10 pusingan yakni ketika keputusan sedang diumumkan pengadil perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut sumber hospital, dia kemudiannya segera menjalani pembedahan bagi mengurangkan tekanan akibat kecederaan di kepala dan otak. Doktor bagaimanapun mengesahkan punca kematian adalah akibat serangan jantung.

Ia hampir serupa dengan situasi Dadashev, 28, yang bagaimanapun hanya disahkan mati semalam akibat mengalami kecederaan otak ketika menentang petinju Puerto Rico, Subriel Matias pada hujung minggu lalu.

“Kami menyertai kesedihan keluarga dan rakan Hugo di atas kematiannya,” kata WBC menerusi Twitter.

Santillan memegang rekod 19 kemenangan termasuk lapan KO selain enam kalah dan dua seri sepanjang menjadi petinju profesional sejak 2015. Bermula cemerlang dengan meraih gelaran super featherwight pada September 2016, dia kemudiannya gagal mempertahankannya empat bulan kemudian.

Lima minggu sebelum pertarungan menentang Abreu, Santillan juga telah tewas dengan kiraan mata kepada Artem Harutyunyan di Jerman. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini