Kertas ringkas elaun bomba telah diserah kepada Agong - Utusan Malaysia

Kertas ringkas elaun bomba telah diserah kepada Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyerahkan kertas cadangan ringkas mengenai elaun kritikal anggota bomba, kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, dengan usaha itu, beliau amat berharap cadangan pemberian elaun tersebut, dapat direalisasikan tahun ini.

“Kalau dapat Agong berikan sedikit kata-kata kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, supaya dapat diluluskan tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Ipoh di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semasa sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka 20 Julai lalu, Zuraida berkata, Sultan Abdullah telah menitahkan supaya satu kertas ringkas mengenai elaun itu, dibentangkan kepada baginda. 

Terdahulu, pada 8 Julai, Zuraida berkata, pemberian elaun kritikal sebanyak RM200 sebulan kepada anggota tidak dapat dilaksanakan tahun ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini