LONDON – Pengurus Napoli, Carlo Ancelotti yakin majikannya dapat membawa masuk James Rodriguez dari Real Madrid meskipun menerima saingan daripada Atletico Madrid.
Difahamkan ejen bintang Colombia itu, Jorge Mendes berada di Naples semalam dalam usahanya untuk mempercepatkan perpindahan Rodriguez.
“Dia pemain yang menarik minat kami. Real Madrid mahu menjualnya dan kami mahukan dia. Semuanya terbuka,” kata Ancelotti.
Memuatkan artikel berkaitan…
Ancelotti turut mengesahkan Mendes berada di bandar untuk membuat rundingan.
“Ya, mereka berada di hotel kami. Saya menyambut mereka sama seperti ejen yang datang ke sini,” katanya lagi.
Rodriguez dan Ancelotti pernah bekerjasama ketika mereka berada di Real dan Bayern. – AGENSI











