Peluang menangi motosikal, telefon pintar di Konsert PIIACUF 2019, esok - Utusan Malaysia

Peluang menangi motosikal, telefon pintar di Konsert PIIACUF 2019, esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Pengunjung Konsert Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2019 (PIIACUF 2019) berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa motosikal, telefon pintar dan iPad dalam festival yang bakal berlangsung di Dataran Putrajaya, Presint 3 dekat sini, esok.

Perbadanan Putrajaya (PPj) memberitahu, setiap pengunjung layak mendapat satu slip cabutan bertuah yang perlu diisi dengan lengkap bermula dari pukul 4 petang hingga 9 malam di Kaunter Sekretariat, Lobi Auditorium Cempaka Sari, PPj.

“Pengunjung terlebih dahulu perlu mengisi borang kaji selidik Kepuasan Pelanggan PPj secara dalam talian melalui ‘tablet’ yang disediakan di Kaunter Informasi PIIACUF 2019 atau menggunakan telefon pintar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hanya pemenang cabutan bertuah yang hadir bersama bukti pengenalan diri sahaja layak menuntut hadiah ditawarkan.

“Nama pemenang akan diumumkan semasa berlangsungnya konsert di Dataran Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, hadiah utama yang akan menjadi milik pemenang adalah motosikal jenama Yamaha LC135 V6 manakala hadiah kedua, telefon pintar Huawei P30 PRO serta iPad 6th Generation bagi hadiah cabutan bertuah ketiga. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini